Friday, July 31, 2015

Review Produk Simple

Hai alls.
Harini nak review produk simple nie . Sebelum ni aku pakai produk FJ Glow yang memang berkesan untuk kulit aku tapi macam tak mampu nak beli dah. Krim kecik 20ml kecik cinonet tu harga dia rm90+ pencuci rm30 100ml + serum tak ingat berapa rm. Semua kos dalam rm200++.
So aku mcm tak nak pakai dah lagipun susah nak beli. Kena beli online.

Lepas tu aku tukar lah guna Hada Labo biru kengkonon nak putih sekali hamikk ko tumbuh jerawat halu macam pasir halus kat tepi pantai pd tu haa.

Tak puas hati aku try produk lain, Safi Rania Gold model Nora Danish. Sama jugak. Jerawat and allergic aku dah mula datang. Habis 1 muka gatal. Membazir sunguh la. Beli 3 barang dah rm80 lbh.

Last aku mcm dah redho tak tau nak pakai ape. Saja masuk guardian Wangsa Walk nak beli krim pelembap. Tengok krim simple  Hydrating Light Moisturiser ni macam best je kan harga pun murah baru rm16.90. So kalau tak ok ngan kulit aku  tak de la rasa membazir sangat kan.

Esok tu pakai pergh best kau krim dia. Terus meresap dalam kuli and tak melekit. Haa mulalah aku duk search website dia kan. So tadi ngn semalam aku baru sebat  Vital Vitamin Foaming CleanserSoothing Facial Toner dengan Triple Action Face Wash memandangkan kulit aku ade jerawat halus tu.

3 barang dalam RM62++. HAAA berbaloi ke tidak ?? tahan lama tu sebab botol besar. 

Next gaji nak beli Protecting Moisture Cream SPF 30 dengan Vital Vitamin Night Cream pulak. Haa gigih ko. Happy sebab serasi dengan kulit and senang nak beli, tak mahal sangat. RM200 macam2 boleh beli. Hope ni last produk yg aku beli. Tak nak cari lain dah !

Haa tu diaaa review akak. Licin skit la daripada sebelum nie. Hahaha 
gambar selepas tu dah pakai Simple ni seminggu. Alhamdulillah ok sikit muka aku ni haa

Nota : Gigih la sebab nak kawen tahun depan ! Tinggal 7 bulan je lagi. Hope time tu kulit aku dah sepenuh nye sihat and tak de jerawat halus2. Burok nau bila makeup nanti. Haha.

5 comments:

  1. Nk tnye , awk pkai mosturizer dy tuh panas tak muka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya pakai tu, dia ade rasa panas kejap tp lepas tu dh hilang lah

      Delete
  2. Umur 20 blh try tak ? Sbb muka i ni truk sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je, I yg umur 17 ni pun pakai jugak and so far takde masalah pun ^^

      Delete
  3. nak tanya boleh?dia pudarkan bekas jerawat Tak? 😭✋🏿

    ReplyDelete