Wednesday, June 8, 2016

09/06/16 KHAMIS 1.47PM

Ketika pertanyaan itu di tanya

"syg ok ke"

entahlah. Apa yang aku nak cakap. Apa jawapan yang dia nak dengar. Memang aku tak pandai nak luahkan isi hati aku. Dari mana aku nak mula? Tapi kenyataan nya aku sendiri je yang tahu isi hati aku dan tiada siapa melainkan Allah. Hari nie tiba-tiba aku menangis tanpa sebab.

Mungkin sebab perkahwinan jarak jauh.


Friday, July 31, 2015

Review Produk Simple

Hai alls.
Harini nak review produk simple nie . Sebelum ni aku pakai produk FJ Glow yang memang berkesan untuk kulit aku tapi macam tak mampu nak beli dah. Krim kecik 20ml kecik cinonet tu harga dia rm90+ pencuci rm30 100ml + serum tak ingat berapa rm. Semua kos dalam rm200++.
So aku mcm tak nak pakai dah lagipun susah nak beli. Kena beli online.

Lepas tu aku tukar lah guna Hada Labo biru kengkonon nak putih sekali hamikk ko tumbuh jerawat halu macam pasir halus kat tepi pantai pd tu haa.

Tak puas hati aku try produk lain, Safi Rania Gold model Nora Danish. Sama jugak. Jerawat and allergic aku dah mula datang. Habis 1 muka gatal. Membazir sunguh la. Beli 3 barang dah rm80 lbh.

Last aku mcm dah redho tak tau nak pakai ape. Saja masuk guardian Wangsa Walk nak beli krim pelembap. Tengok krim simple  Hydrating Light Moisturiser ni macam best je kan harga pun murah baru rm16.90. So kalau tak ok ngan kulit aku  tak de la rasa membazir sangat kan.

Esok tu pakai pergh best kau krim dia. Terus meresap dalam kuli and tak melekit. Haa mulalah aku duk search website dia kan. So tadi ngn semalam aku baru sebat  Vital Vitamin Foaming CleanserSoothing Facial Toner dengan Triple Action Face Wash memandangkan kulit aku ade jerawat halus tu.

3 barang dalam RM62++. HAAA berbaloi ke tidak ?? tahan lama tu sebab botol besar. 

Next gaji nak beli Protecting Moisture Cream SPF 30 dengan Vital Vitamin Night Cream pulak. Haa gigih ko. Happy sebab serasi dengan kulit and senang nak beli, tak mahal sangat. RM200 macam2 boleh beli. Hope ni last produk yg aku beli. Tak nak cari lain dah !

Haa tu diaaa review akak. Licin skit la daripada sebelum nie. Hahaha 
gambar selepas tu dah pakai Simple ni seminggu. Alhamdulillah ok sikit muka aku ni haa

Nota : Gigih la sebab nak kawen tahun depan ! Tinggal 7 bulan je lagi. Hope time tu kulit aku dah sepenuh nye sihat and tak de jerawat halus2. Burok nau bila makeup nanti. Haha.

Thursday, July 23, 2015

Hujan

Di kala ini.
Hujan sedang mencurah ke bumi.
Lebat.
Lebat sangat.
Bersama guruh petir.
Dan warna langit kelam.

Nasib aku.
Bawak moto ke tempat kerja.
Kalau dah hujan lebat.
Memang lambat lah balik.

23.07.2015 - 6.42 PM

Wednesday, July 22, 2015

Raya Pertama, dan HariJadi !

Salam, hello alls *macam ada yang baca*


Selamat Hari Raya ke 6. Well, raya pertama adalah tarikh birthday aku. RaYa yang sangat bosannnn. Tinggal aku dan mak aku je. Sedih siot! Takpelah. Dugaan kecil. Buat 3 lauk. Nasi impit lauk Kuah Kacang, Rendang ayam & daging.

Ye. First Raya birthday aku yang ke 25 tahun (17.07.1990).

Tunang dah wish malam tu. Maybe tahun ni tak dapat beraya sebagai pasangan tunang. Tahun depan insyaAllah beraya sebagai suami isteri. Moga Allah permudahkan.

Yang menarik nya masa raya pertama dua orang ex couple aku wish birthday.  q & s. S siap singgah raya. Well.., dah lama tak jumpa. dah bertahun . Q just wish by phone. Tiba2 teringat kenangan lama bersama s. My really 1st love. Sekrg dia dah bahagia da pun Awek pun cun giler.
Q couple masa sekolah . Dua2 baik tapi mereka tu hanyalah memori dan kenangan lama. Pernah menjadi sebahagian dari aku. sobsob.

Dont worry im happy now dengan en.n :)

Wednesday, July 1, 2015

Perkenalan yang singkat sebagai sahabat

Hari ni dah sampai Ramadhan ke 5. 2 minggu lepas, aku dapat tau dari dari officemates aku, salah sorang staff tempat keje aku, masuk wad HKL. Staff tu rapat dengan aku. Ayu nama dia. Masa aku kerja kat sini, aku interview dan daftar pada hari yang sama. So memang start dari awal aku dah agak rapat dengan ayu. Permulaan nya kami dapat bos yang sama cuma dept lain. Tapi masih dalam satu bangunan. Nak dijadikan cerita ada boss lain nak dia so terpaksalah dia kena pegi oofice HQ. Kalau aku pergi HQ selalu la aku jumpe g makan n borak ngan dia.

Well..., masa aku dapat tau yang dia masuk hospital, aku dah teringat dia memang selalu tak sihat. Aku dah tak sedap hati. Aku pun pergilah melawat dia kat HKL.Dia memang tengah demam. Aku urut-urut kaki dia. Panas betul. Kain basah yang dia letak kat dahi pun da macam nak kering. Sementara aku tengah ada, aku belikan bubur , urut-urut kaki dia and basah kan kain tu. Sempat la kitorang berborak panjang. Lama jugak aku tengok dia dalam 2 jam. Sempat dia tanya "Aku dah kurus ke?" Aku jawab tak lah, gemok :D macam2 yang kitorang sembang rasa macam tak cukup masa :( aku tak faham, orang yang tengah demam dapat wad yang panas dan berbahang kat HKL. Kalau sejuk sikit ok la kot. Dah la badan pesakit panas, keadan wad pun panas. Daripada kerajaan membazir duit entah kemana, lebih baik buat pembaikan pulih kat hospital tu. Barulah dapat sokongan rakyat. Tibe politik.

Untuk pengetahuan semua, Ayu berkemungkinan penghidap penyakit SLE. Wallahualam. Mungkin doktor cakap tiada harapan, tapi insyaAllah, kita berharap lah pada Allah mudah2an Ayu cepat sembuh.

Masa aku melawat kali ke 2, barulah la nampak Ayu makin kurus. Tapi aku tak lah tegur. Masa aku datang dia cakap apsal muka aku sedih sangat. Mau nye tak! tengok keadaan dia yang lemah dan tak berdaya tu. hmm so aku wat2 la happy. Dia pun da tak larat nak cakap banyak2. So aku datang pun sekejap sebab ramai lagi kawan office yang datang nak melawat dia. Semoga kawan aku tu cepat sembuh.. sebab aku dah rindu nak sembang ngan dia. Dia pun selalu mesej aku kat fb. Kalau dia nampak aku online mesti dia akan tegur dulu. Rindu kau kawan :'(